Saturday, October 31, 2009

Japanese Koi Fish

pendahuluan.

Setelah siap kolam air terjun, saya dicadangkan oleh pembina kolam tersebut supaya
memelihara ikan koi Jepun. Cadangan asal saya nak masukkan ikan sungai Malaysia jer... Pembina kolam tersebut mencadangkan saya membeli ikan koi Jepun di Bukit Tambun, Pulau Pinang untuk mengelakkan ditipu oleh peniaga ikan Koi. Tan Guan Hai adalah seorang peminat ikan Koi dan beliau mengimport sendiri ikan Koi dari Jepun. Harga anak ikan Koi(3 inci) ialah RM150.00 seekor.Bermulalah cinta saya pada ikan Koi. kini saya mempunyai 26 ekor ikan Koi Jepun dan 2 ekor ikan Koi lokal. Kepada sesiapa yang berminat untuk memelihara ikan Koi...cubalah...pasti anda akan terpikat dengan keunikkannnya.





Article and knowledge of Japanese Koi fish


Variety Of Japanese Koi Fish




My Koi Pond

Keinginan untuk memiliki sebuah kolam air terjun telah lama menjadi idaman saya. Ini adalah kerana kolam air terjun adalah berkait rapat dengan seni Bonsai. Dengan bantuan rakan, saya telah bersusah payah mengambil batu-batu dari gunung Sempeneh di Kampung Sempeneh, Batu Kurau. Saya menggunakan batu gunung(limb stone) kerana ia nampak lebih natural dan yang lebih penting, pokok Bonsai yang ditanam atas batu gunung lebih mudah hidup.

Akhirnya setelah saya survey rumah-rumah yang mempunyai kolam air terjun disekitar Taiping, saya pun menghubungi seorang pembina kolam air terjun bernama "Rahman" yang pada pendapat saya memang pakar dalam menyusun batu-batu air terjun berdasarkan hasil kerjanya dirumah Allahyaraham Pak Engku(bukit Jana) dan di beberapa banggunan kerajaan serta rumah di sekitar Taiping. Saya menunggu hingga tiga bulan, namun Rahman tidak menghubungi saya kerana beliau sibuk menyiapkan kolam air terjun di pejabat JPS Taiping dan JKR Lumut. Saya mengambil keputusan menghubungi seorang pembina kolam air terjun berbangsa cina "Ah Leong". Beliau juga tak kurang hebatnya dalam membina kolam air terjun sehingga pernah tersiar di akhbar tempatan tentang pekerjannya membina kolam hiasan.

Akhirnya pada May 2006 Kolam air terjun saya pun siap dengan keluasan 15 kaki x 10 kaki dan kedalamannya 3.5 kaki. Atas nasihat Ah Leong supaya saya memelihara ikan Koi Jepun(Japanese Koi Fish). Saya membeli ikan Koi Jepun dari seorang peminat ikan Koi di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Beliau mengimport terus dari Jepun ikan Koi tersebut. Harga bagi seekor anak ikan Koi Jepun berukuran 3inci ialah RM150.00. Maka bermulalah "cinta" saya kepada ikan Koi Jepun.

Gambar-gambar kolam ikan Koi saya.

semasa dalam proses pembinaan

semasa dalam proses pembinaan


Bonsai Japanese Juniper on the rock.

Hampir siap

Hampir siap


Pokok Bonsai "Japanese Juniper" di tanam diatas batu air terjun

Pokok Bonsai "Japanese Juniper" di tanam diatas batu air terjun


90% siap



-

My photo
Hakikat,Tarikat,syariat,Ahlil Sunnah Waljamaah,Salafi.hidup menabur bakti..jangan kita terlalu tegang hingga berdenting-denting...jangan kita terlalu kendur hingga berdegar-degar...