kesempatan ini saya ambil untuk berbual mengenai peristiwa-peristiwa lampau(semasa saya masih belum dilahirkan dan semasa saya masih kecil) yang pernah berlaku di Kampung Jelai...saya memang mengetahui Abang Kamil ada menyimpan foto-foto peristiwa@aktiviti yang berlaku di Kampung jelai...saya memberi tumpuan yang penuh pada cerita-cerita yang disampaikan oleh Abang Kamil...kerana memang menjadi sikap saya amat menghargai jasa-jasa orang terdahulu...apatah lagi apabila saya mendapat maklumat...Pemuda Kg. Jelai waktu dahulu memang terkenal dengan muafakat dan perancangan aktiviti yang hebat....sebagai seorang bekas pemimpin Pemuda di Kampung Jelai.... diri saya memang ingin mengetahui apakah penyebabnya Pemuda Kampung Jelai pada masa dahulu menempah berbagai kejayaan...
Dikesempatan ini saya paparkan beberapa foto yg saya scan dari Abang Kamil....untuk tatapan mereka yang pernah menjadi warga Jelai khasnya dan pengunjung blog ini umumnya...supaya ianya menjadi satu pengetahuan kepada generasi baru.....dan menjadi nostalgia kepada generasi lama..








No comments:
Post a Comment