Monday, July 13, 2009

Raja Haji...Pejuang Islam Dan Melayu Nusantara..

Latar belakang

Masyarakat Melayu masih ramai belurn mengetahui bahawa di Melaka ada beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu. Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda.

Antara sekian ramai pahlawan Melayu yang gugur sebagai syuhada pada zaman itu, adalah termasuk seorang ulama dan sufi dunia Melayu yang paling terkenal dan deliau dimakamkan di Melaka. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Syarnsuddin as Surnatra-i yang terkorban sebagai syuhada kerana berperang dengan Portugis. Sejarah yang penting tentang tokoh besar yang syahid fisabilillah di Melaka juga ialah Raja Haji bin Upu Oaeng Celak yang terkorban kerana melawan penjajah dan pendudukan Belanda di alam Nusantara.

Sesetengah tokoh ilmuan berpendapat bahawa Raja Haji ialah pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat semacam Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan maritim yang amat luas. Jika dipandang dari sudut sebelah ayahnya, beliau berasal daripada keturunan raja-raja di tanah Bugis, negeri Luwuk, manakala sebelah ibunya pula, berketurunan raja-raja Melayu. Raja Haji lahir di Kota Lama, di Hulu Sungai Riau, pada tahun 1139 H/1725 M dan wafat pada hari rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198 H/18 Jun 1784 M.

Hubungan dengan ulama

Walaupun bukan berlatar belakangkan sebagai seorang ulama� yang giat berdakwah secara ilmuan tetapi beliau diakui kewibawaanya sebagai ulama dan strategis Islam yang agak handal pada abad tersebut. Namun, beliau diperkenalkan juga dalam ruangan ini disebabkan kerana oleh beberapa faktor. Pertama, kerana beliau adalah seorang yang gemar bergaul dengan para ulama. Dipercayai beliau sempat berjumpa dengan Syed Husein al-Qadri di Mempawah.
Di samping itu, beliau juga amat terkenal sebagai pahlawan ulung menurut sumber sejarah R.O Winsted, sarjana Inggeris kerana banyak bergiat dalam mempertahankan institusi ilmuan tradisi Islam beserta ulamanya dari menjadi ancaman keganasan dan mara bahaya kolonialisme yang silih berganti dari Portgis, Belanda dan juga Inggeris pada ketika itu di alam Melayu, maka beliau diakui kewibawaannya sebagai pemimpin dan tokoh yang disegani.

Syed Husein al-Qadri ialah guru kepada ayah saudaranya yang bernama Upu Daeng Menambon. Putera Upu Daeng Menambon atau nama lainnya Gusti Jamiril adalah sangat intim dengan Raja Haji dan mereka kerap meluangkan masa bersama-sama. Gusti Jamiril adalah seorang yang menitik beratkan soal keagamaan, jadi tidak hairanlah sekiranya ilmu yang beliau telah dipelajari dipraktikan bersama-sama dengan Raja Haji.

Dengan tatacara pergaulan Islam yang sedemikian, sekali gus telah berjaya mempengaruhi pemikiran anak buahnya, Raja Haji. Raja Haji dan Gusti Jamiril juga masih sempat berguru dengan Syeikh Ali bin Faqih yang berasal dari Patani. Syeikh Ali bin Faqih ialah mufti Mempawah yang kedua, menggantikan Saiyid Husein al-Qadri. Makam beliau yang disebut sebagai 'Keramat Pokok Sena' terletak di Perkuburan Kampung Pedalaman Mempawah.

Faktor kedua, ramai ulama� yang berasal daripada keturunan Raja Haji, di antaranya ialah Raja Ali Haji (cucu beliau) yang sangat terkenal itu. Antara keturunan beliau yang turut menjadi ulama ialah Raja Haji Umar bin Raja Hasan bin Raja Ali Haji.

Gelaran

Raja Haji menyandang pelbagai gelaran. Antaranya ialah Engku Kelana (1747M -1777M), Pangeran Sutawijaya, Yang Dipertuan Muda Riau-Johor IV (1777M - 1784M), Raja Api; Marhum TeluK Ketapang, Marhum Asy-Syahid fisabilillah. Yang terakhir, secara rasmi atas nama sebuah pemerintahan, Raja Haji dianugerahi gelaran Pahlawan Nasional lndonesia . memperoleh Bintang Mahaputera Adipradana oleh Presiden Republik Indonesia di Jakarta pada 11 Ogos 1997. Tahun 1756M -1758M, Raja Haji bersama sepupunya Daeng Kemboja memimpin Perang Linggi melawan Belanda.

Peperangan ini telah melibatkan pasukan-pasukan Melayu yang berasal dari Linggi, Rembau, Klang, Selangor dan Siak. Sewaktu Syarif Abdur Rahman al-Qadri memerangi Sanggau, Raja Haji memainkan peranan sebagai panglima perang. Perang berrlaku pada 26 Muharam 1192H/24 Februari 1778 M sehingga 11 Safar 1192H/11 Mac 1778 M. Setelah peperangan tamat, Raja Haji melantik Syarif Abdur Rahman al-Qadri sebagai sultan yang pertama Kerajaan Pontianak sekali gus Raja Haji menyusun kerangka pentadbiran kerajaan itu.

Raja Haji merupakan satu-satunya pahlawan Nusantara yang pemah menjejak kakinya hampir ke seluruh negeri-negeri Melayu. Di antaranya Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Muntok/Bangka, Pontianak, Mempawah dan lain-lain. Jika kita bandingkan dengan semua pahlawan di Nusantara,seumpamanya seperti Pangeran Diponegoro, Imam Bonjol, dan lain-lain, mereka hanya beroperasi di daratan saja dan tidak mengalami perang maritim. Jika kita bandingkan dengan Sultan Hasanuddin, beliau ialah seorang pahlawan maritim, tetapi masih banyak menguasai pengalaman dalam peperangan di daratan.

Jikalau ada, ia hanyalah melibatkan sekitar Sulawesi Selatan. Kalau kita banding dari segi yang lain pula, bukan bererti memperkecil-kecilkan pejuang yang lain, tetapi sejarah mencatatkan bahawa ramai pejuang ada yang menyerah kepada penjajah. Ada yang tertangkap kerana ditipu secara licik dan lain-lain. Semua yang tersebut berbeza dengan Raja Haji.

Beliau lebih rela mati di medan juang daripada menyerah ataupun tertipu oleh pihak musuh. Pada 18 Jun 1784 M Raja Haji terbunuh sebagai syahid fisabilillah dalam peperangan melawan Belanda pimpinan Jacob Pieter Van Bram di Melaka. Bilangan pasukan Melayu yang syahid dibawah pimpinan Raja Haji termasuk beliau sendiri dianggarkan sekitar 500 orang.

Sebagaimana pada mukadimah yang telah dinyatakan, "... Raja Haji bin Upu Daeng Celak merupakan pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat sesudah Hang Tuah.






sumber - forum@cari.com

No comments:

-

My photo
Hakikat,Tarikat,syariat,Ahlil Sunnah Waljamaah,Salafi.hidup menabur bakti..jangan kita terlalu tegang hingga berdenting-denting...jangan kita terlalu kendur hingga berdegar-degar...