Tuesday, July 7, 2009

Mercu Tanda



KAMPUNG JELAI………..

Sebuah Kampung yang mempunyai kepadatan penduduk seramai,1267 orang,Kampung yang dibuka pada tahun 1887 oleh Mat Saman B. Toh Amar . berketurunan Melayu Pattani.

Keistimewaan Kampung Jelai , adalah kerana ia terletak ditengah –tengah laluan antara Batu Kurau – Selama dan Batu Kurau –Gerik / Kelantan. Jarak dari Batu Kurau ke Kg Jelai lebih kurang 4 Kilometer,mempunyai kemudah Sekolah Rendah, Menengah, Jenis Kebangsaan ( Cina ), Masjid, Klinik,Wakil Pos dan Buah Durian yang terbaik rasanya juga terdapat di Kampung Jelai ( Durian Tembaga /Durian Candu).

Jiran terdekat Kg Jelai ialah Kg Air Itam , Kg Batu 20 dan Kg Relang, Kg Jelai juga menjadi tumpuan bagi penduduk kampung berdekatan bagi mendapatkan barang keperluan harian seperti : ikan ,sayur dan barangan runcit.

Kampung Jelai juga mempunyai Kolam Takungan Air Bersih ( Graviti ) dan dirawat sendiri.Penduduk berbilang kaum , Maju ,Aman dan Sejahtera. ~ Penduduk Bersatu , Kampung Maju~

No comments:

-

My photo
Hakikat,Tarikat,syariat,Ahlil Sunnah Waljamaah,Salafi.hidup menabur bakti..jangan kita terlalu tegang hingga berdenting-denting...jangan kita terlalu kendur hingga berdegar-degar...