ORIENTALIS terkenal Itali, Profesor Dr. Laura Veccia Vaglieri (1893-1989) yang banyak menulis artikel mengenai Islam, pernah menulis mengenai Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang antaranya, "Semasa menyeru manusia supaya menyembah Allah Yang Maha Esa, Muhammad (Nabi) tidak pernah menggunakan pendekatan yang menghalang manusia daripada berfikir mengenai kebenaran. Beliau (Baginda) tidak menggunakan pendekatan-pendekat an magis, yang memukau penglihatan dan tidak juga menyeru dengan menggunakan ancaman serta ugutan.
"Apakah yang beliau lakukan? Muhammad menyuruh mereka supaya menggunakan akal dan bertafakur mengenai kejadian alam dan rahsia kejadiannya. Dalam bahasa mudah, dia menyuruh mereka membaca "Buku Alam" dan berfikir mengenainya supaya dengannya mereka yakin pada kewujudan Ilahi."
Jika dalam bahasa yang terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Dr Vaglieri menyebut; "He simply called them to contemplate. " Contemplate sama ada tepat atau layak untuk dirujuk, tetapi tentulah di sini dimaksudkan dengan berkhalwat, yang berasal daripada perkataan khulwah bermakna bersunyi-sunyian Kisah Nabi Muhammad berkhalwat di gua Hira sebelum Baginda diperintahkan secara rasmi oleh Allah SWT menjadi seorang Rasul merupakan catatan sejarah yang sangat dipegang atau menjadi pengetahuan setiap umat Islam. Ini kerana di gua itulah Nabi Muhammad menerima wahyu pertama, iaitu surah al-Alaq, ayat 1-3 yang disampaikan oleh malaikat Jibrail.
Namun mengapa Nabi Muhammad lebih memilih untuk menyendiri di Gua Hira' sedangkan Baginda sudah mempunyai kehidupan yang cukup baik terutama selepas mengahwini Siti Khadijah dan dikurniakan putera dan puteri. Mungkin kita pernah mendengar, kerana Baginda seorang yang bersifat pendiam, maka tidak menghairankan jika Baginda suka hidup menyendiri di Gua Hira' itu. Tetapi benarkah hanya kerana Baginda seorang pendiam?
Maka di sini, mungkin terdapatnya amalan-amalan yang harus kita dapat bezakan atau persamaan makna setiap satunya, iaitu sama ada beruzlah, berkhulwah, bertahanuth dan bertahanuf apabila merujuk kepada tindakan Nabi Muhammad yang mengasingkan diri itu.
Dari aspek kebudayaan itu sendiri, sebenarnya telah ada amalan yang menjadi kebiasaan orang-orang Arab pada masa itu, di mana golongan berfikir, mereka selama beberapa waktu pada setiap tahun menjauhkan diri daripada keramaian dan majlis-majlis untuk berkhalwat semata-mata mendekatkan diri kepada tuhan-tuhan mereka dengan bertapa dan berdoa.
Mereka mengharapkan agar diberi rezeki dan pengetahuan. Pengasingan untuk beribadat seperti ini mereka namakan bertahannuth.
Namun penulis sejarah Islam terkemuka, Hussein Haekal menyebut perbuatan Nabi Muhammad itu sebagai bertahannuf (asal perkataan tahannafa atau Hanif) iaitu perbuatan yang cenderung kepada kebenaran dengan meninggalkan penyembahan berhala dan beribadat kepada Allah semata-mata. Maka jika dikatakan, Baginda seorang yang pendiam itu tetapi harus difahami sebagai keadaan Baginda banyak memberikan laluan kepada mindanya untuk berfikir daripada berkata-kata demi untuk mencari kebenaran.
Atas sifat fitrah dan akhlak Baginda yang bersih, Baginda melihatkan pelbagai kebejatan yang semakin hidup subur dalam masyarakat Arab. Melihatkan kepada segala urusan-urusan, aktiviti dan hal ehwal masyarakat itu menyebabkan Baginda semakin tidak mampu menerimanya.
Ini lebih-lebih lagi melibatkan soal penyembahan berhala, sebagaimana sejak usia kecilnya dan Baginda semakin jengkel dengan sembahan-sembahan yang palsu ini, sehinggakan tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh Baginda melainkan berhala-berhala itu. Baginda tidak tahan mendengar orang bersumpah dengan menyebut nama al Lata dan al Uzza itu.
Hati Baginda turut tersayat pedih mengenangkan bangsanya yang suka berjudi. Malah dikisahkan pada suatu hari di pasar Mekah, Baginda melihat sendiri seseorang yang berjudi.
Akibatnya si kaki judi itu kehilangan unta dan rumahnya sendiri kerana menjadi mangsa pertaruhan. Tidak cukup unta dan rumah, malah dia juga bertaruh akan kehilangan 10 tahun daripada hidupnya.
Sumber-Email@group
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2009
(49)
-
▼
July
(23)
- Tanda-Tanda Sakit.
- 42 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman (iii)
- 42 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman (ii)
- 42 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman (i)
- 10 Jenis Makanan Anti Kolestrol
- Sumpah Melayu
- Raja Haji...Pejuang Islam Dan Melayu Nusantara..
- Panglima Kiai Salleh...
- Pokok Yahudi.
- Silat Gayung Kuntau Kepayang Jelai.
- Peranan ulama nusantara dalam silat.
- Gurindam Raja Ali Haji..
- Rahsia Menyegerakan Solat
- Rahsia Tahannuth Rasulullah
- Statistik Penduduk Jelai.
- Taiping...Nilai Warisan..
- Pelan Lokasi Jelai.
- Mercu Tanda
- Sejarah Ringkas Kampung Jelai.
- Jelai today...
- Rezeki Di Mana-mana...
- Al_Hembara....Zaman Kegemilangan Islam..
- Jelai Dalam Kenangan...
-
▼
July
(23)
-
- "Orang Jelai"
- Hakikat,Tarikat,syariat,Ahlil Sunnah Waljamaah,Salafi.hidup menabur bakti..jangan kita terlalu tegang hingga berdenting-denting...jangan kita terlalu kendur hingga berdegar-degar...
No comments:
Post a Comment