Masa mengaji agama di kampung masa keci-kecil dulu...Tok guru kerap menceritakan mengenai hari kiamat...salah satu cerita yang saya masih ingat sampai sekarang ialah...cerita mengenai suatu masa nanti umat Islam akan berjaya mengalahkan Orang Yahudi...mari kita renungkan Hadis Rasulullah mengenai peristiwa itu...
Pokok Gharqad
Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'Wahai Muslim, wahai Hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".
No comments:
Post a Comment