Wednesday, July 8, 2009
Taiping...Nilai Warisan..
NILAI WARISAN
Keindahannya juga banyak disumbangkan oleh warisan bangunan bersejarah - sejajar dengan proses pemodenan dari kekayaan emas hitam.
Pencinta sejarah pasti jatuh hati dengan reka bentuk bangunan kolonial. Sehingga kini, ada 33 bangunan yang disenaraikan sebagai pertama di negara ini.
Mulakan kembara nostalgia anda dengan mengunjungi muzium pertama negara, Muzium Perak dibina pada 1883 oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low.
Lembaran sejarah lampau Taiping juga menyaksikan pembinaan kolam renang awam pertama, Coronation Pool, pada 1870, dan pelabuhan pertama, Port Weld atau Kuala Sepetang (1877).
Rekod 憄ertama� itu turut meliputi landasan pertama dari Taiping dan Port Weld, stesen peranginan bukit tinggi Bukit Larut, kompleks mahkamah majistret dan penjara Taiping.
Stesen tanah tinggi pada ketinggian 1,250 meter dari paras laut menjadi tempat persinggahan warga British yang mahu merasai cuaca sejuk seperti di negara asal mereka.
Warisan kolonial yang kuat juga dapat dilihat pada seni unik bina bangunan balai polis (1881), pejabat daerah yang dibina pada 1898 dan Sekolah King Edward V11 (1883).
Justeru, ada ura-ura untuk menjadikan bandar warisan ini sebagai tapak warisan dunia seperti mana yang dianugerahkan kepada Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang.
TARIKAN LAIN
> Taiping War Cemetery, berdekatan dengan taman tasik menempatkan tempat persemadian tentera British terkorban dalam peperangan.
> Kaki golf oleh bermalam di Taiping Golf Resort yang terletak di Bukit Jana, Kamunting. Padang golf ini juga dikatakan pertama di negara ini.
>Menara jam di tengah bandar dibina pada 1881, pernah terabai seketika tetapi kini dipulihara sebagai tarikan pelancong.
> Jika menghala ke Kuala Sepetang, pastikan anda singgah di Kompleks Sejarah Matang untuk mempelajari sejarah campur tangan Inggeris yang membawa kepada penjajahan kuasa asing.
FAKTA SEJARAH
>Ngah Ibrahim yang menggantikan bapanya, Long Ja'afar pada 1857, mengupah kapten Speedy dan pasukan keselamatannya bagi memulihkan suasana aman selepas Perang Larut.
Ketika itu, pergaduhan tercetus antara dua puak pelombong - Hai San di Klian Pauh dan Gi Han di Klian Baru akibat perebutan sumber air untuk perlombongan bijih timah.
Rentetan itu, Taiping yang bermaksud kedamaian luhur dibuka dan dihuni oleh Hai San, manakala Kamunting didiami oleh musuhnya, Gi Han.
Taiping menjadi ibu negeri Perak sebelum Perang Dunia II tetapi digantikan oleh Ipoh selepas Jepun ditewaskan dan Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu.
CARA KE SANA
>TAIPING terletak berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), 88 kilometer dari Pulau Pinang, 80 km dari Ipoh dan 302 km dari Kuala Lumpur. Melalui lebuh raya, perjalanan mengambil masa sejam untuk ke Ipoh.
>Ada banyak perkhidmatan menuju ke bandar ini dari ibu kota. Selain kereta api, bandar ini juga dihubungkan dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia yang terbang ke Ipoh dan Pulau Pinang.
>Info
Antara yang pertama dibina di Taiping:
Sekolah Inggeris pertama, Central School yang kemudian ditukar nama kepada King Edward VII School (1883)
Sekolah perempuan pertama di Tanah Melayu, Lady Treacher Girl's School (1883)
Pejabat Pos dan Telegraf, pejabat pos pertama di Malaysia dan masih berfungsi hingga kini (1884)
Pasar Taiping, antara contoh terbaik warisan bangunan kurun ke-19 (1884)
Rumah Rehat Lama (1894), kini dikenali Lagenda Inn berdekatan Stesen Keretapi Taiping
Masjid Melayu tertua (1987)
Kolam renang pertama (1870)
Pelabuhan pertama, Port Weld, kini Kuala Sepetang (1877),
Akhbar pertama di Negeri-Negeri Melayu dicetak di Taiping pada 1890-an, bermula dengan akhbar Melayu, Negri Perak, akhbar Tamil Perak Wrthamani dan akhbar Inggeris Perak Pioneer terbitan Taiping Press.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2009
(49)
-
▼
July
(23)
- Tanda-Tanda Sakit.
- 42 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman (iii)
- 42 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman (ii)
- 42 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman (i)
- 10 Jenis Makanan Anti Kolestrol
- Sumpah Melayu
- Raja Haji...Pejuang Islam Dan Melayu Nusantara..
- Panglima Kiai Salleh...
- Pokok Yahudi.
- Silat Gayung Kuntau Kepayang Jelai.
- Peranan ulama nusantara dalam silat.
- Gurindam Raja Ali Haji..
- Rahsia Menyegerakan Solat
- Rahsia Tahannuth Rasulullah
- Statistik Penduduk Jelai.
- Taiping...Nilai Warisan..
- Pelan Lokasi Jelai.
- Mercu Tanda
- Sejarah Ringkas Kampung Jelai.
- Jelai today...
- Rezeki Di Mana-mana...
- Al_Hembara....Zaman Kegemilangan Islam..
- Jelai Dalam Kenangan...
-
▼
July
(23)
-
- "Orang Jelai"
- Hakikat,Tarikat,syariat,Ahlil Sunnah Waljamaah,Salafi.hidup menabur bakti..jangan kita terlalu tegang hingga berdenting-denting...jangan kita terlalu kendur hingga berdegar-degar...
No comments:
Post a Comment