Sejarah Silat Gayong Kuntau Kepayang Jelai.
Pada awal tahun empat puluhan,bermula dari pulau jawa seorang bernama Abu Yamin memulakan penghijrahannya ke Tanah Melayu.Masa berlalu,banyak tempat yanag telah dilalui.Akhirnya beliau sampai ke suatu tempat bernama Kampung Jelai.Hatinya tertarik untuk tinggal lebih lama di situ.Keadaan tempat dan masyarakat pada masa itu memaksanya untuk terus tinggal dan menetap dan di sana.Beliau akhirnya berkeluarga dan beranak cucu sehingga akhir hayatnya.
Pada masa itu,keadaan di Tanah Melayu,khasnya di Kampung Jelai kacau-bilau dengan anasir komunis.Memandangkan keselamatan Orang-orang Melayu pada masa itu sering tergugat dengan ancaman komunis,Guru Abu Yamin akhirnya rela mencurah bakti ilmu persilatan yang ada padanya kepada masyarakat sebagai satu cara untuk mempertahankan diri.Maka ramailah pemuda-pemuda di kampung jelai pada masa itu yang menyertai Seni Silat Kuntau Kepayang yang dianjurkan oleh beliau.Antaranya termasuklah Ayahanda Ishak bin Mat Isa.
Masa berlalu.Negara kita telah merdeka dan bebas dari ancaman komunis.Namun Ilmu persilatan ini masih prlu diteruskan.Pada tahun 1972,setelah Guru Abu Yamin meninggal dunia,Warisan Seni Silat Kuntau Kepayang ini diteruskan oleh Ayahanda Ishak.Sehinggalah pada tahun 1995 stelah Ayahanda Ishak meninggal dunia,Warisan Seni Silat Kuntau Kepayang ini diwarisi oleh anakandanya iaitu Mansor bin Ishak.
Seni Silat Gayong Kuntau Kepayang ini diaktifkan kembali dalam era globalisasi ini sebagai salah satu aktiviti untuk bela diri dan dapat menarik minat anak-anak muda menganggotainya.Selain itu, kegiatan ini juga dapat mengisi masa dan memberi banyak faedah disamping menghindari anak-anak muda dari kegiatan yang kuranag sihat.Secara tidak langsung dapat memartabatkan Seni Persilatan dikalangan generasi masa kini.
_________________________________________________________
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Silat Gayong Kuntau Kepayang Jelai.
Penaung :
_________________________________________________________
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Silat Gayong Kuntau Kepayang Jelai.
Penaung :
EN. MUHAMMAD ALI B. AWANG BESAR
AMN,PPN,PPS,PPT.
PENGERUSI JKKK KAMPUNG JELAI.
Penasihat :
EN. ZUBIR B. ISHAK.
PENGERUSI JKKK KAMPUNG JELAI.
Penasihat :
EN. ZUBIR B. ISHAK.
Pengerusi :
EN. MANSOR B. ISHAK
PENGERUSI PERTUBUHAN SILAT GAYONG KUNTAU
KEPAYANG JELAI.
N. Pengerusi :
SDR. INDRA SYAHRIL B. MOHD KAMIL
KEPAYANG JELAI.
N. Pengerusi :
SDR. INDRA SYAHRIL B. MOHD KAMIL
Setiausaha :
SDR. SHAHRUL NIZAM B. MOHD ISA
Bendahari :
Sdr. M. Nor Zakuan B. Zehir
AJK :
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Aktiviti-Aktiviti.
kemana kalau tidak tumpahnya kuah,kalau tidak ke nasi..En. Mansor B. Ishak(Pak Cu) adalah Pewaris Silat Gayung Kuntau Kepayang.
Pak Cu menerima cenderahati dari Ketua Kampung Jelai En. Mohd Ali diatas titik peluh dan usahanya mencurahkan ilmu kepada generasi kini.
Acara Penamat Persilatan peserta Silat Gayung Kuntau Kepayang Jelai.
Acara mandi buyong pada hari penamat persilatan disempurnakan oleh Pak Cu..guru silat Gayung Kuntau Kepayang Jelai.
Orang lama....dalam acara "menarik" peserta penamat...
Garang...peserta jemputan dalam pertunjukkan besenjatakan rotan.
Pandak Zubir salah seprang pewaris Silat Gayung Kuntau Kepayang Jelai...sedang membuat persembahan bersama anaknya Ipin.
Seni berwarisan...Ustaz Khalid dan Sdr. Zulpahmi sedang membuat persembahan.
Erat..bersalaman sebelum membuka langkah.
Ahli Tomoi dari Batu 4 Kamunting turut membuat persembahan.
No comments:
Post a Comment